Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalamkomputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secaraautomatik setiap kali komputer dimulakan.
Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkanpengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan.
Lebihlebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.
Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihatdi dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar.
Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senaraiikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripadadimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam'System Tray',
ikuti langkah berikut:
1. Pilih Menu Start > Run >Taip: MSCONFIG Gambar Tip1
2. Pilih Tab Startup Gambar Tip2
3.Klikdiatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatikapabila komputer dimulakan.Tekan OK apabila selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakansekali lagi. Tekan 'restart'.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakankomputer selepas senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkahseperti di atas.Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabilakomputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakansemula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.
Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akanmembolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment